CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 30, 2008

Jadual Aktiviti Tahunan Panitia

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 31 JANUARI 2009

HEAD COUNT PENDIDIKAN ISLAM 04 FEBRUARI 2009

KERJA KURSUS TILAWAH HAFAZAN PMR 28 JULAI 2009

PAFA PMR 2008 28 JULAI 2009

PAFA SPM 2008 31 JULAI 2009

PROGRAM HIJRATUR RASUL 18 JANUARI 2009

PROGRAM MAULIDUR RASUL 31 MAC 2009

PROGRAM ISRAK WA MIKRAJ 25 JULAI 2009

PROGRAM IHYA RAMADAN 01 – 30 SEPT. 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 26 SEPT. 2009

PROGRAM IMAM PELAPIS 21 – 23 MAC 2009

KURSUS SOLAT JENAZAH 19 APRIL 2009

PROGRAM KEM BINA INSAN Setiap bulan

SOLAT HAJAT PMR 26 SEPT. 2009

SOLAT HAJAT SPM 31 OKTOBER 2009

PINTAS JAWI & KKQ Sepanjang Tahun

ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2008

Penasihat : Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih

Pengerusi : YM Tengku Zahid Bin Raja Mustafa

Setiausaha : En Abdul Raof Bin Sanib

Bendahari : Cik Salidah

Penyelaras PMR : YM Tengku Zahid Bin Raja Mustafa

: En Halimi Bin Kasdi

: En Zulkifli Bin Derahman

Penyelaras SPM : En Sobri Bin Abdul Rahman

Penyelaras Tingkatan 1 : En Kamal Hadi Bin Hamzah

Penyelaras Tingkatan 2 : En Abdul Raof Bin Sanib

Penyelaras Tingkatan 3 : En Halimi Bin Kasdi

Penyelaras Tingkatan 4 : En. Nik Abdul Hadi Bin Raja Abdullah

Penyelaras Tingkatan 5 : YM Tengku Zahid Bin Raja Mustafa

Thursday, May 29, 2008

SAMBUTAN HARI GURU 2008







Guru
engkau adalah pelukis rohani
mencalit warna-warna takwa dalam diri
dengan susunan yang terpilih
kesepaduan corak yang harmoni
menyajikan lukisan peribadi anak-anak
warisan zaman berzaman.

Guru
engkau adalah penyair emosi
menjalin perasaan demi perasaan
melewati sepi dan resah gelisa
dengan puisi-puisi indah
yang menyejukkan jiwa raga anak-anak
dari himpunan dendam dati amarah
rasa benci yang tidak terarah.

Guru
engkau adalah pendendang intelek
pemikir yang tidak jemu-jemu
mendendangkan warisan budaya ilmu
melodi hati yang hampir mati
mencampakkan selimut kejahilan
membongkar rahsia tentang alam
membuka jendela dunia kepada anak-anak
inspirasi generasi demi generasi.

Guru
engkau adalah pelakon yang peka
menggerakkan jasmani dalam ruang diri
mengimbangi intelek, rohani dan emosi
dengan kegigihan cita dan keikhlasan cinta
anak-anak bisa mencipta sebuah sketsa.

Guru
musim demi musim engkau membentuk Penghidupan
anak-anak yang terus-menerus mengharap
engkau adalah segalanya.

Wednesday, May 28, 2008

SEJARAH SEKOLAH...(sekolahku maruahku)




Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah ditubuhkan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River. Seramai 210 orang pelajar perintis yang terdiri daripada tiga kelas tingkatan satu dan tiga kelas tingkatan dua.

Pada 16 Januari 1984 pelajar-pelajar telah berpindah ke bangunan sementara SMK (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM 116,000. Bangunan kayu ini terdiri daripada dua blok iaitu lima bilik darjah, dua buah makmal sains, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Tuesday, May 20, 2008

DOA PERPISAHAN ( PENGETUA )


Ya Allah, sempena majlis perpisahan dan pertukaran pengetua kami yang diraikan tika ini, kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar beliau diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan , sihat walafiat yang berkekalan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah perpisahan puan pengetua kami ini, satu perpisahan yang mendapat naungan kasih sayangMu, serta berkatilah beliau dan keluarganya di tempat yang baru. Kuatkanlah semangat beliau untuk terus berbakti di tempat barunya. Tunjukkanlah jalan agar beliau sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya sebagaimana yang beliau telah laksanakan sewaktu bersama-sama kami di sini.

Ya Allah Ya Tuhan kami, andainya dulu pertemuan kami demi kebaikan ,maka Engkau jadikanlah perpisahan ini sebagai satu jalan kebajikan.Tetap dan satukanlah rongga murni hati kami ini ke arah keredhaan Mu meskipun kami berjauhan namun tetap segar diingatan.

Ya Allah, kami berdoa ke hadrat-Mu agar puan pengetua kami ini dikurniakan kekuatan fizikal dan mental yang kental untuk meneruskan kerja beliau walaupun dalam suasana yang berbeza serta dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.

RENUNGAN SEMPENA MAULID RASUL 2008



Kita mungkin telah banyak kali menyambut maulidur Rasul. Berarak membawa sepanduk sepanjang jalan, mendengar ceramah dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sejauh manakah ada di dalam diri kita perasaan cinta kepada Rasul. Apakah perasaan cinta kita kepada Rasul bertambah dari setahun ke setahun atau masih lagi hanya cukup sekadar menyertai perarakan semata-mata dan selepas itu itu kita kembali seperti biasa. Tahun depan berarak lagi, berarak lagi, berarak lagi dan begitulah seterusnya.

Kalaulah hanya itu yang kita lakukan sepanjang hidup kita tanpa ada usaha untuk menghayati nilai sebenar kecintaan kepada Rasul maka akan jadilah kita seperti mana Abu Lahab manusia tertipu yang gembira ketika hari kelahiran Rasulullah SAW. tetapi menjadi penentang yang paling kuat apabila diajak kepada kebenaran oleh Rasulullah SAW. Inilah yang yang disebut oleh Allah dalam surah al-Lahab ayat 1yang bermaksud:

“Binasalah dua tangan Abu Lahab dan binasalah bersamanya”.


Selain daripada mengadakan perarakan dan ceramah, sesungguhnya banyak lagi yang perlu kita lakukan. Yang paling penting ialah kita mestilah bersedia menerima dan belajar untuk menghayati dan melaksanakan segala apa yang diajar oleh Rasul dengan sebaik-baiknya. Walaupun ada yang mungkin diantara perintah Rasul itu ada yang tidak seiring dengan keinginan nafsu kita hendaklah juga kita akur menerimanya serta berusaha untuk melaksanakannya tanpa ada dolak dalik demi cinta kita kepada Rasul.

Inilah yang dikehendaki dalam ertikata cinta yang sebenarnya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Ahzab ayat 21 bermaksud:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu menjadi contoh tauladan yang baik bagi orang-orang yang mengharapkan akan bertemu dengan Allah pada hari akhirat serta berzikir pada Allah dengan sebanyak-banyaknya.”