CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN AL-MUBARAK




Monday, August 3, 2009

SEKITAR SAMBUTAN JUBLI PERAK, HARI KOPERASI DAN ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK 2009

Thursday, July 30, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi terlalu pedih, kerana pada masa yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang syahid kerana mempertahankan jilbabnya.
Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam 18 kali oleh seorang durjana pemuda Jerman yang anti Islam dan penganutnya.
Ironisnya, berita ini sama sekali tidak saya temui di kaca tv kita, negara yang majoritinya muslim, bahkan mungkin tak salah saya katakan banyak dari kita yang tidak tahu peristiwa yang menimpa Marwa al-sharbini ini.
Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ yang kematianya diratapi dan diwar-warkan diseluruh dunia. Tapi pemergiannya itu adalah lambang jihad seorang muslimah yang berjiwa kental.
Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman ketika dalam proses memberi kesaksian atas ancaman terhadapnya. Ia membuat aduan tentang seorang pemuda Jerman durjana Alex W yang kerap melabelnya teroris hanya kerana dia berjilbab.
Di sidang perbicaraan itulah, Alex W menyerang Marwa dengan menikamnya berkali-kali. Suami Marwa yang cuba melindungi isterinya itu, malah ditembak oleh polis Jerman yang berdalih tidak sengaja menembaknya dan kini saat kondisi parah di Hospital Dresden.
Syahdunya....berita ini sepi dari media massa dunia kerana yang menjadi korbannya seorang ibu muslimah yang dibunuh oleh orang barat.
Situasinya mungkin berbeza sekiranya yang terkorban itu orang barat yang dibunuh ektrimis Islam. Beritanya pasti jadi thunami besar media massa dan gempar seantero dunia.
Wahai Syahidah Marwa....engkaulah Pahlawan Jilbab, biarpun tiada air mata mengalir mengiringi pemergianmu, namun tak mengapa engkau mendapat tempat yang paling mulia di sisi Tuhan Rabbul Jalil....ALLAHU AKBAR.

Monday, July 13, 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK & HARI USAHAWAN MUDA 2009

Yang bersalam tu cikgu Azizan, orang kuat sambutan
Jubli Perak, idola saya sepanjang zaman..


TARIKH : 25 JULAI 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
TEMPAT : DATARAN KEJAT SMK (F) BESOUT
MOTTO : MEMBELI SAMBIL MENDERMA

AKTIVITI :
1) SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
2) SAMBUTAN HARI USAHAWAN MUDA
3) HARI BERSAMA IBU BAPA
4) KEMPEN DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN
5) PAMERAN SEJARAH SEKOLAH
6) RUMAH SERAM DAN GERAI JUALAN
7) JUALAN CENDERAMATA JUBLI PERAK
8) JAMUAN MAKAN MALAM PERDANA

Marilah bersama memeriahkan sambutan Jubli Perak 2009. SMK(F) Besout terus cemerlang, gemilang dan terbilang...

Thursday, July 9, 2009

KURSUS PEMANTAPAN JURULATIH UTAMA KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK



TARIK : 6-8 JULAI 2009
TEMPAT : HOTEL PUTRA KL, KUALA LUMPUR
PESERTA : 30 ORANG JU SELURUH NEGERI PERAK

Inilah kursus pertama yang pernah aku hadiri melibatkan guru dari pelbagai latar bidang akademik. Kalau sebelum ni, sudah bercambah kursus yang aku hadiri namun hanya melibatkan puak-puak ustaz sahaja.
Walau apapun, kursus ini amat berharga bagiku. Selain mendapat info dan ilmu yang tak ternilai, aku juga dapat berkenalan dengan pelbagai lapisan guru yang hebat dan berinformasi dari guru biasa hingga ke penolong kanan pentadbiran.
Rasanya akulah peserta paling koror kat kursus ni, namun aku bersyukur kerana peserta kursus termasuk penganjur, penceramah dan fasilitatornya amat berhemah dan mempunyai nilai tawaduk yang tinggi.
Manusia yang hebat tetapi dirinya tidak tenggelam dengan keangkuhan dan keegoan ilmu dan pangkatnya....inilah satu-satunya yang menyebabkan jiwaku meruntun dan bertafakur sejenak.
Betullah kata Iman Ghazali " manusia tawaduk tak akan terhakis kemuliaanya bahkan darjatnya sentiasa diangkat Allah.
Baru aku tersedar...bukan semua manusia berpangkat itu mempunya hati yang tuli dan jiwa yang angkuh. Teima kasih kursus ini telah menyedarkan aku dan membuatkan diriku begitu bersemangat untuk sentiasa bermuhasabah diri. Idolaku tetap pada pk pentadbiran sekolahku.

Wednesday, May 20, 2009

DOA SEMPENA PELANCARAN SEKOLAH BESTARI







Ya Allah, anugerahkan kepada kami ketajaman daya pemikiran dan kehalusan pemahaman untuk kami menghayati dan menjiwai matlamat sekolah bestari secara menyeluruh dan berkesan.
Kurniakan Ya Allah...kekuatan jasmani, minda dan jiwa, keazaman dan tekad untuk kami melaksanakan plan bestari ini agar visi dan misinya dapat direalisasikan dengan berkesan....Amin

Monday, May 4, 2009

SMK(F) BESOUT TERPILIH SEBAGAI PERINTIS SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR YANG PERTAMA!


Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK (F) Besout kerana telah dipilih menjadi perintis Sekolah Bestari Luar bandar yang Pertama. Semoga semua warga SMK (F) Besout berganding bahu dalam menjayakan sekolah bestari ini.

Apa dia Sekolah Bestari?

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

(Dipetik daripada wikipedia Bahasa Melayu)


Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?

Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari:
  • Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.
  • Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.
  • Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan.
  • Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.
  • Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
  • Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

Apakah Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses
Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.


Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.


Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.

(Sumber : Bahagian Teknologi Pendidikan BTP )

Thursday, April 2, 2009

Tahniah Kepada Ustaz YM Tengku Zahid






Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah kepada ustaz YM Tengku Zahid Raja Mustafa kerana dikurniakan cahaya mata yang kedua. Semoga berbahagia selalu.

Friday, March 27, 2009

Sekitar Majlis MTQ Daerah Batang Padang 2009


Pada 11 Mac 2009, SMK (F) Besout telah menjadi tuan rumah untuk program Majlis Tadarus Al-Quran & Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah batang Padang. Syukran jazilan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung. Alhamdulillah, MTQ berjaya dilaksanakan di SMK (F) Besout dengan berkat kerjasama semua guru. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya dalam pertandingan tersebut. Bagi yang kurang berjaya, jangan sedih hati dan gundah-gulana cuba lagi pada tahun hadapan. Kepada yang menang, teruskan berusaha ke peringkat yang lebih tinggi. Kami mendoakan kejayaan anda.


Tahniah kepada Nur Amanina yang berjaya mewakili daerah Batang Padang bagi acara Syarahan


Tahniah kepada Fauziah yang mendapat tempat kedua dalam bahagian Tilawah Al-Quran


Juara Nasyid sekaligus mewakili Daerah Batang Padang. SMK Hamid Khan


Ucapan Perasmian Penutupan



Pengetua memberi amanat..


Wakil Marhaban SMK (F) Besout