Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi terlalu pedih, kerana pada masa yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang syahid kerana mempertahankan jilbabnya.
Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam 18 kali oleh seorang durjana pemuda Jerman yang anti Islam dan penganutnya.
Ironisnya, berita ini sama sekali tidak saya temui di kaca tv kita, negara yang majoritinya muslim, bahkan mungkin tak salah saya katakan banyak dari kita yang tidak tahu peristiwa yang menimpa Marwa al-sharbini ini.
Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ yang kematianya diratapi dan diwar-warkan diseluruh dunia. Tapi pemergiannya itu adalah lambang jihad seorang muslimah yang berjiwa kental.
Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman ketika dalam proses memberi kesaksian atas ancaman terhadapnya. Ia membuat aduan tentang seorang pemuda Jerman durjana Alex W yang kerap melabelnya teroris hanya kerana dia berjilbab.
Di sidang perbicaraan itulah, Alex W menyerang Marwa dengan menikamnya berkali-kali. Suami Marwa yang cuba melindungi isterinya itu, malah ditembak oleh polis Jerman yang berdalih tidak sengaja menembaknya dan kini saat kondisi parah di Hospital Dresden.
Syahdunya....berita ini sepi dari media massa dunia kerana yang menjadi korbannya seorang ibu muslimah yang dibunuh oleh orang barat.
Situasinya mungkin berbeza sekiranya yang terkorban itu orang barat yang dibunuh ektrimis Islam. Beritanya pasti jadi thunami besar media massa dan gempar seantero dunia.
Wahai Syahidah Marwa....engkaulah Pahlawan Jilbab, biarpun tiada air mata mengalir mengiringi pemergianmu, namun tak mengapa engkau mendapat tempat yang paling mulia di sisi Tuhan Rabbul Jalil....ALLAHU AKBAR.
0 comments:
Post a Comment