CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, July 30, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi terlalu pedih, kerana pada masa yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang syahid kerana mempertahankan jilbabnya.
Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam 18 kali oleh seorang durjana pemuda Jerman yang anti Islam dan penganutnya.
Ironisnya, berita ini sama sekali tidak saya temui di kaca tv kita, negara yang majoritinya muslim, bahkan mungkin tak salah saya katakan banyak dari kita yang tidak tahu peristiwa yang menimpa Marwa al-sharbini ini.
Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ yang kematianya diratapi dan diwar-warkan diseluruh dunia. Tapi pemergiannya itu adalah lambang jihad seorang muslimah yang berjiwa kental.
Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman ketika dalam proses memberi kesaksian atas ancaman terhadapnya. Ia membuat aduan tentang seorang pemuda Jerman durjana Alex W yang kerap melabelnya teroris hanya kerana dia berjilbab.
Di sidang perbicaraan itulah, Alex W menyerang Marwa dengan menikamnya berkali-kali. Suami Marwa yang cuba melindungi isterinya itu, malah ditembak oleh polis Jerman yang berdalih tidak sengaja menembaknya dan kini saat kondisi parah di Hospital Dresden.
Syahdunya....berita ini sepi dari media massa dunia kerana yang menjadi korbannya seorang ibu muslimah yang dibunuh oleh orang barat.
Situasinya mungkin berbeza sekiranya yang terkorban itu orang barat yang dibunuh ektrimis Islam. Beritanya pasti jadi thunami besar media massa dan gempar seantero dunia.
Wahai Syahidah Marwa....engkaulah Pahlawan Jilbab, biarpun tiada air mata mengalir mengiringi pemergianmu, namun tak mengapa engkau mendapat tempat yang paling mulia di sisi Tuhan Rabbul Jalil....ALLAHU AKBAR.

Monday, July 13, 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK & HARI USAHAWAN MUDA 2009

Yang bersalam tu cikgu Azizan, orang kuat sambutan
Jubli Perak, idola saya sepanjang zaman..


TARIKH : 25 JULAI 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
TEMPAT : DATARAN KEJAT SMK (F) BESOUT
MOTTO : MEMBELI SAMBIL MENDERMA

AKTIVITI :
1) SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
2) SAMBUTAN HARI USAHAWAN MUDA
3) HARI BERSAMA IBU BAPA
4) KEMPEN DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN
5) PAMERAN SEJARAH SEKOLAH
6) RUMAH SERAM DAN GERAI JUALAN
7) JUALAN CENDERAMATA JUBLI PERAK
8) JAMUAN MAKAN MALAM PERDANA

Marilah bersama memeriahkan sambutan Jubli Perak 2009. SMK(F) Besout terus cemerlang, gemilang dan terbilang...

Thursday, July 9, 2009

KURSUS PEMANTAPAN JURULATIH UTAMA KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK



TARIK : 6-8 JULAI 2009
TEMPAT : HOTEL PUTRA KL, KUALA LUMPUR
PESERTA : 30 ORANG JU SELURUH NEGERI PERAK

Inilah kursus pertama yang pernah aku hadiri melibatkan guru dari pelbagai latar bidang akademik. Kalau sebelum ni, sudah bercambah kursus yang aku hadiri namun hanya melibatkan puak-puak ustaz sahaja.
Walau apapun, kursus ini amat berharga bagiku. Selain mendapat info dan ilmu yang tak ternilai, aku juga dapat berkenalan dengan pelbagai lapisan guru yang hebat dan berinformasi dari guru biasa hingga ke penolong kanan pentadbiran.
Rasanya akulah peserta paling koror kat kursus ni, namun aku bersyukur kerana peserta kursus termasuk penganjur, penceramah dan fasilitatornya amat berhemah dan mempunyai nilai tawaduk yang tinggi.
Manusia yang hebat tetapi dirinya tidak tenggelam dengan keangkuhan dan keegoan ilmu dan pangkatnya....inilah satu-satunya yang menyebabkan jiwaku meruntun dan bertafakur sejenak.
Betullah kata Iman Ghazali " manusia tawaduk tak akan terhakis kemuliaanya bahkan darjatnya sentiasa diangkat Allah.
Baru aku tersedar...bukan semua manusia berpangkat itu mempunya hati yang tuli dan jiwa yang angkuh. Teima kasih kursus ini telah menyedarkan aku dan membuatkan diriku begitu bersemangat untuk sentiasa bermuhasabah diri. Idolaku tetap pada pk pentadbiran sekolahku.